Tuesday, July 01, 2014

Telco di Malaysia dan MVNO

[Ralat]
Seorang rakan yang bekerja dalam bidang telekomunikasi telah meluangkan masa menerangkan secara panjang lebar berkaitan industri telekomunikasi di Malaysia. Terdapat beberapa kesalahan fakta dalam penerangan di bawah. Saya akan cuba betulkan tulisan ini apabila keadaan mengizinkan.

  • Terdapat 9 pemegang lesen operator mudah alih di Malaysia, bukan 3.
*************************************************************************

Telco atau operator rangkaian telefon mudah alih di Malaysia cuma 3 iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Bagaimana pula dengan U-Mobile, RedTone, TuneTalk, Salamfone, Altel dan sebagainya ? 'Telco' baru ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan, bermacam-macam nama kita dengar saban hari. Seolah-olah banyak sekali syarikat telekomunikasi mobil di Malaysia. Syarikat-syarikat ini dipanggil MVNO (Mobile Virtual Network Operator). Dalam bahasa mudah mereka adalah reseller kepada telco seperti Celcom, Maxis atau Digi. Mereka tidak mempunyai rangkaian dan infrastruktur sendiri, sebaliknya menumpang pada 3 telco yang ada. Malah ada MVNO ini yang dimiliki oleh telco itu sendiri.


Gambar hiasan - Pembahagian spektrum oleh SKMM

Dalam model bisnes MVNO ini, syarikat-syarikat ini akan membuat perjanjian dengan mana-mana telco utama untuk membeli secara pukal akses kepada perkhidmatan seperti panggilan suara (voice call), SMS dan data dan kemudian menjual balik kepada pelanggan biasa pada kadar yang mereka tetapkan sendiri. Ini biasa dilakukan melalui pelan-pelan yang lebih kompetitif atau pun menyasarkan demografi pelanggan yang lebih spesifik, contohnya Salamfone menyasarkan kepada pengguna muslim.

Model bisnes MVNO ini berkembang agak pesat di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini dan turut mendorong kepada perkembangan model bisnes di sekitarnya iaitu MVNE dan MVNA. Walaupun MVNO tidak perlu menguruskan sistem serta infrastruktur rangkaian mereka sendiri, pengetahuan dalam teknologi rangkaian mudah alih masih diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisien. MVNE (Mobile Virtual Network Enabler) memainkan peranan di sini di mana mereka menyediakan keseluruhan sistem untuk menguruskan rangkaian. Kerancakan syarikat-syarikat baru untuk menyertai bisnes MVNO juga mendorong kewujudan MVNA (Mobile Virtual Network Aggregator). MVNA bertindak menjadi master MVNO di mana mereka menyewa rangkaian dengan telco dan kemudian menjual balik kepada MVNO yang lain. Dengan ini syarikat yang ingin memulakan bisnes MVNO tidak lagi perlu berurusan terus dengan telco. Mereka hanya perlu fokus kepada pembangunan jenama serta pelan untuk menarik pelanggan.

Secara mudahnya, MVNO adalah satu bentuk bisnes reseller. Jadi jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Celcom contohnya dan membuat keputusan untuk bertukar ke Syarikat XXX, kemungkinan besar syarikat XXX masih menggunakan Celcom.

Untuk melihat senarai MVNO yang ada di Malaysia dan telco yang mereka gunakan di belakang, boleh rujuk artikel A quick list of MVNOs, MVNAs and MVNEs in Malaysia di laman techattack.my.

6 comments:

Anonymous said...

why MVNO byak??sbnya ni biz senang dpt duit.pekerja x perlu ramai,beli airtime telco & jual semula pd pengguna dgn cara prepaid.beli dulu & guna kemudian.x risiko bil x bayar,utang lapuk,penipuan,dll

sabree hussin said...

saya pun pakai telco dari mvno

Kamal Mustafa said...

Terima kasih atas respon. Bagaimana pengalaman tuan menggunakan perkhidmatan mvno tersebut ? Adakah memuaskan ?

stub-area said...

Terdapat syarikat telco yg memiliki sykt mvno. Pengguna akan lari ke mvno yg offer harga murah . Sykt telco pasti akan mengurangkan pekerjanya ...

stub-area said...

Terdapat syarikat telco yg memiliki sykt mvno. Pengguna akan lari ke mvno yg offer harga murah . Sykt telco pasti akan mengurangkan pekerjanya ...

Unknown said...

Asalamualaikum saudara..