Sunday, August 30, 2009

Menguruskan Kutipan Derma Secara telus

Akhir-akhir ni agak kerap yang datang ketuk pintu rumah, nak kutip derma untuk organisasi tertentu. Aku kurang senang sebenarnya dengan kaedah sebegini. Dalam keadaan ramai yang cuba mengambil kesempatan, kaedah kutipan sebegini rasanya sudah tidak boleh dipakai.

Sukar nak tentukan ianya betul atau tidak.
Faktor psikologi - Kadang-kadang serba salah berapa nak bagi. Sikit sangat segan, banyak tak mampu.

Sebab tu bagi aku yang lebih efisien bagi mereka yang nak menganjurkan kutipan derma, buat satu persediaan lengkap. Sekurang-kurangnya nombor akaun bank yang digunakan untuk menyimpan dana yang dikutip. Lagi bagus kalau ada laman web khas (zaman sekarang pakai Facebook pun ok). Laman web ni kalau dapat 'peer-review' akan meningkatkan lagi kredibilitinya. Bayangkan kalau dekat Facebook, rakan anda memberi ulasan positif (atau 'Like' dalam fungsi Facebook), sudah tentu anda bertambah yakin terhadap kesahihan kutipan tersebut.

Bagi sukarela yang terlibat pula, apabila pergi dari rumah ke rumah tugas mereka hanyalah mengedarkan risalah berkaitan kutipan derma tersebut. Dalam erti kata lain, mereka hanya menimbulkan kesedaran (raising awareness) terhadap kutipan tersebut. Orang yang menderma pula, dapat melakukannya dengan rasa yakin (selepas menyemak maklumat yang diberikan) dan yang paling penting dapat melakukannya tanpa rasa segan dan sebagainya.

Baru sebentar tadi ada orang ketuk pintu rumah, nak kutip derma untuk Yayasan Latihan Insan Istimewa Ipoh.

"Awak bagi la no. akaun bank, nanti kalau ada masa saya check", aku terus potong cakap dia yang tengah nak terangkan pasal kutipan derma tu.

"Takde lah bang. Saya buat ni pun cuma tolong kawan je, mana ada akaun bank".

"Awak buat kutipan derma mesti ada akaun bank, kalau tak mana awak nak simpan duit tu. Lain kali buat betul-betul la, saya bukan taknak bagi".

Budak tu tak nak mengalah, "Kalau abang ada cek, abang tulis je lah atas nama ni".

Budak ni, takkan aku nak tulis cek sepuluh ringgit je.

"Maaflah, kalau awak ada nombor akaun saya boleh check nanti kalau ada masa", tutup bicara, malas dah nak layan.

Oleh sebab budak tu tinggalkan nama organisasi yang buat kutipan derma tu, aku google jugak nama yang dia berikan. Sebab dah janji, tak baik janji kosong. Nama tersebut ada disenaraikan kat laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kat Facebook pun ada group yang menyatakan organisasi tersebut. Jadi boleh dianggap kutipan derma yang sah. Oleh kerana di laman web JKM tu ada sertakan sekali nombor akaun bank. aku buat interbank transfer ke akaun tersebut. Sikit je, kalau banyak aku dah tulis kat sini, siap bold lagi.

Aku rasa lebih selesa dengan cara macam ni. Kalau tak macam kena paksa bila orang datang kutip derma kat rumah. Aku paranoid sebab dah pernah kena tipu, bukan sikit, banyak ! Atas nama kebajikan jugak.

Tuesday, August 18, 2009

AH1N1: Keberkesanan topeng muka

Face masks, do they work ?
http://www.smh.com.au/national/face-masks-do-they-work-20090430-aod2.html
"The role of face masks is indeterminate at the moment. There are various opinions but we can't be sure," says Professor Adrian Sleigh of the National Centre for Epidemiology and Population Health in Canberra.
Topeng muka juga hanya boleh dipakai sekali dan terus dibuang. Tertanya-tanya juga sama ada orang ramai amalkan atau tidak. Satu sekarang mungkin RM2.00, maknanya satu bulan kerja kena belanjakan RM40.00 untuk topeng muka sahaja. Nasib baik tiada sebarang perbezaan antara topeng yang mahal dengan yang murah dari segi keberkesanan.

Dan ini pula, tidak digalakkan memakai topeng muka bagi mereka yang sihat:-
The wearing of face masks by healthy individuals who are not involved in caring for people who are ill (i.e. the general public) is not recommended by the HPA. However, it is recognised that some people may choose to do so. The available scientific evidence does not suggest that this is an effective preventative measure. In addition, there are a range of practical issues that may need to be considered:
Perlukan alternatif lain nampaknya.

Sunday, August 02, 2009

Kewajaran tunjuk perasaan secara aman

Baru lepas balik dari JB, ambil Fathi dan maknya. Seminggu Fathi kat Johor, terlepas jugak lah rindu atuk dan neneknya.

Menonton warta berita sambil basuh pinggan kat dapur, hati sedikit terbakar dengan komen-komen naif yang ditemubual berkaitan kewajaran demonstrasi semalam di ibu kota. Temanya tetap sama. Menyusahkan orang ramai - nak berniaga, keluar beli-belah, jalan-jalan hujung minggu orang ramai dan komen-komen simplistik lain. Apakah hidup korang tak lebih sekadar makan, minum, tidur dan 'buat anak' ? Itu je ke matlamat hidup korang kat dunia ni ?

Kewajaran berhimpun secara aman
Ia sepatutnya tidak menjadi isu dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Hati aku betul-betul tercalar. Apabila sebuah pasukan bola sepak luar datang ke negara kita, jentera polis boleh dikerah untuk memastikan kawalan keselamatan dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Beberapa jalan raya ditutup/dilencongkan bagi memastikan kelancaran arus lalu lintas. Anggota polis ditempatkan di sepanjang jalan untuk memberi panduan kepada pemandu-pemandu kenderaan yang mungkin tidak sedar situasi yang berlaku.

Namun apabila rakyat negara sendiri ingin berhimpun secara aman menyuarakan hasrat mereka polis yang sepatutnya bertanggung jawab memastikan keselamatan mereka menembak mereka ini dengan 'meriam air' (water cannon), gas pemedih mata dan sebagainya. Wajarkah ?

Andai kata soal perut-pedal seperti berniaga, beli belah, jalan-jalan dan sebagainya tetap jadi keutamaan golongan 'pencinta kedamaian' ini ia sepatutnya tidak menjadi isu jika pihak polis bertindak mengawal keamanan. Malah ia mungkin boleh bertukar menjadi lubuk rezeki bagi para peniaga di sekitar kawasan terlibat sebagaimana program keramaian yang lain.