Tuesday, November 22, 2011

Menggunakan Google Translate daripada pelayar mobile

Jika anda menggunakan telefon android dengan browser yang lebih canggih dan moden mungkin tiada masalah. Tetapi apabila saya cuba menggunakan Google Translate daripada pelayar mobile Opera Mini 4.4 (telefon samsung dengan platform MIDP 2.0), ia cuma memaparkan pilihan bahasa yang terhad dan bahasa yang saya nak iaitu Bahasa Melayu tiada dalam pilihan. Saya cuba dengan menukar ke mode 'classic' berbanding 'mobile' tetapi tetap tidak mendapat pilihan Bahasa Melayu. Ini tidak mungkin kerana kita semua sedia maklum Google Translate kini menyokong terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebaliknya.

Apabila menggunakan laman Google Translate daripada pelayar desktop biasa, saya cuba turn off 'instant translation' agar dapat melihat URL sebenar yang digunakan oleh Google. Saya dapati ia menggunakan URL dalam format berikut:-

http://translate.google.com/#ms|en|gerimis

di mana ms adalah source language (bahasa asal yang nak diterjemah) dan en adalah translated language (terjemahan). Apabila mengakses Google Translate menggunakan url seperti di atas, Bahasa Melayu kini dipaparkan sebagai pilihan terjemahan.


Menaip karakter '|' agak leceh dalam telefon saya jadi saya dapati format URL berikut juga boleh digunakan:-

translate.google.com/m?sl=ms&tl=en&q=gerimis

Lebih mudah format yang ini nampaknya. Akhirnya dapat juga saya guna Google Translate daripada telefon dungu (dumbphone) saya ini ;)

* pelayar == browser.

Thursday, September 15, 2011

Hari Malaysia

Hari ini 16 September adalah Hari Malaysia. Namun jangan terkejut jika masih ramai terutama di kalangan generasi muda yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Hari Malaysia. Saya tidak hairan jika ada yang ingat Hari Malaysia adalah Hari 1Malaysia dan mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-6 Najib Razak. Yang kritikal sikit dengan PM kita ni dan juga konsep 1Malaysia yang beliau perkenalkan akan mengatakan Najib telah 'membunuh' Hari Kemerdekaan dan menggantikannya dengan Hari Malaysia. Tidak tepat sama sekali.

Catatan ringkas ini adalah untuk mengingatkan kembali adik-adik (dan juga abang-abang) apa yang telah kita pelajari dalam Sejarah Malaysia semasa di tingkatan 5. Malaysia adalah negara persekutuan. Sila rujuk sumber-sumber lain untuk takrifan lengkap persekutuan tapi secara mudahnya merupakan gabungan beberapa buah negara/negeri yang berdaulat untuk membentuk negara yang lebih besar. Malaysia merupakan satu-satunya negara persekutuan di Asia Tenggara.

Sebelum 1948, tidak wujud apa yang di panggil negara Tanah Melayu atau apa-apa nama yang semaksud dengannya. Apa yang wujud adalah negeri-negeri berdaulat dengan sultan-sultan sebagai ketua kerajaan. Setiap negeri mempunyai Undang-Undang Tubuh atau perlembagaan masing-masing. Perak, Selangor dan Negeri Sembilan telah membentuk persekutuan pertama di Tanah Melayu dan dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selepas kekalahan Jepun dalam perang dunia ke-2, British cuba memperkenal gagasan Malayan Union di mana Tanah Melayu pada masa itu diletakkan dibawah satu pentadbiran dengan seorang Gabenor menjadi ketua pentadbiran. Ini bermakna tidak wujud lagi negeri-negeri berdaulat seperti Kelantan, Johor, Selangor dan lain-lain.

Seperti yang tercatat dalam sejarah, gagasan Malayan Union mendapat tentangan hebat dan akhirnya Persekutuan Tanah Melayu terbentuk. Terdapat perbezaaan besar antara Malayan Union dengan Persekutan Tanah Melayu. Malayan Union adalah sebuah negara tunggal berbanding persekutuan yang mana adalah gabungan beberapa buah negara. Dalam persekutuan, setiap negeri masih lagi sebuah kerajaan yang sah dengan ketua negara/i serta undang-undangnya sendiri.

Selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (dan kemerdekaannya pada 1957), timbul pula cadangan supaya Sabah, Sarawak dan juga Brunei yang masih dibawah pentadbiran British untuk turut menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Satu pungutan suara diadakan untuk memastikan kehendak rakyat sama ada untuk merdeka daripada British sebagai sebuah negara berdaulat ataupun menyertai Persekutuan Malaysia yang ingin dibentuk. Akhirnya Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia (Federation of Malaysia). Pembentukan Persekutuan Malaysia inilah yang kita sambut pada 16 September hari ini.

Hari ini, semangat persekutuan (federalism) semakin terhakis dengan generasi baru kadang-kadang tidak tahu yang Malaysia ini sebuah negara persekutuan. Ironi sekali walaupun Malaysia satu-satunya negara persekutuan di rantau Asia Tenggara, ia antara yang mempunyai pentadbiran paling berpusat sekali ! Ditambah pula dengan sikap kerajaan yang memerintah sekarang di peringkat pusat tidak menghormati prinsip persekutuan dengan menganak-tirikan negeri seperti Kelantan yang diperintah oleh parti yang berlainan dengan mereka. Sepatutnya dalam semangat federalism, mereka menghormati hak rakyat disetiap negeri untuk memilih kerajaan yang mereka ingini.

Selamat Hari Malaysia.

Saturday, May 14, 2011

Yang Kita Tahu

"kepada semua org melayu yg sokong anwar... fikir la...korang x tau pasal anwar sbb tu korang sokong dia...aku dalam tentera aku tau apa yg telah dia buat.... dia memang x layak jadi pemimpin...kalau dia jadi pemimpin malaysia sekali lagi akan diijajah"

Ayat di atas saya petik dalam satu video di laman youtube. Persoalan seperti di atas sememangnya akan menjadi dilema bagi kita yang naif dalam hal ehwal dalam politik negara. Agak sukar untuk kita membuat keputusan dalam keadaan yang begitu bercelaru seperti sekarang.

Banyak benda yang kita tidak tahu. Kita tidak tahu betulkah anwar mempunyai moral yang rendah seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Kita tidak tahu jika anwar itu betul2 talibarut Israel. Seperti komen di atas, kita tidak tahu adakah jika anwar menjadi menteri perdana Malaysia, kita akan dijajah sekali lagi. Banyak lagi kita tidak tahu. Berhukum atau membuat keputusan berdasarkan benda yang kita tidak tahu memang menyeksakan.

Tapi ada benda yang kita tahu. Kita tahu UMNO itu korup. Kita tahu 50 tahun UMNO memerintah Malaysia, kita bukan semakin baik. Kita tahu saban hari kehidupan kita tertekan dengan kejatuhan nilai mata wang kita. Kita tahu kalau RM12.00 hari ini dapat beli seekor ayam, belum tentu nilai duit yang sama akan dapat membeli ayam yang sama di musim raya akan datang. Kita tahu duit rakyat berbillion hilang dalam projek gajah putih yang mana bekas menteri sedang didakwa atas tuduhan menipu kabinet, walaupun diperingkat awalnya ia dinafikan. Banyak lagi yang kita tahu. Berdasarkan apa yang kita tahu, saya yakin tidak sukar untuk kita membuat keputusan.

Persetankan nama pemimpin. Pemimpin datang dan pergi namun prinsip asas dalam membuat keputusan tetap sama. Jika tidak mampu memilih yang terbaik, kita buang dulu yang terburuk.



Wednesday, February 23, 2011

'Pencerahan' itu bukan dalam Sains. Yang akan ditemui dalam Sains hanyalah 'kepuasan', buat santapan akal sedangkan jiwa masih lagi kelaparan.

Tuesday, September 28, 2010

The Zikr - Wahai Mujahid

Dalam kereta masa nak balik rumah tadi terdengar kat Ikim satu lagu ni. Dengar je intro lagu ni aku rasa macam kenal sangat dengan melodinya walaupun liriknya terasa agak lain. Memang banyak lagu-lagu lama yang diberi nafas baru sekarang. Sepanjang jalan aku cuba ingat balik lagu asalnya. Sampainya je rumah terus Google. Rupa-rupanya lagu nyanyian Rabbani, Inteam, Saujana dan Nowseeheart dengan tajuk Bebas Palestin. Tapi aku yakin ni lagu lama, scroll down dan akhirnya jumpa juga link yang aku nak cari.

Lagu The Zikr - Wahai Mujahid dari album Antara Dua Cinta kalau tak silap.

Thursday, September 23, 2010

300 bilion tu banyak mana ?

Sebab tak mampu nak kira berapa banyak duit tu, aku cuba dapatkan sedikit perbandingan.

KDNK Malaysia lebih kurang RM 600 bilion.
KDNK Singapura lebih kurang RM 500 bilion.
Bayaran dividen oleh Petronas kepada kerajaan Malaysia kira-kira RM30 bilion.
Kos pembinaan Putrajaya kira-kira RM25 bilion.
Bajet RMK9 untuk Iskandar Malaysia - RM10 bilion.
Tuntutan royalti minyak Kelantan - RM2.5 bilion.

Memang hebat syarikat yang ada duit RM300 bilion.

Monday, May 03, 2010

Masuk Singapura dari Johor Bahru

Update
Sekarang aku naik bas pergi City Square (dari Taman U) dan terus jalan kaki ke bangunan CIQ. Naik bas Causeway Link (CW1) ke stesen MRT Kranji. Tambang RM0.90. Kalau nak balik ke JB, bas CW1 dari Kranji adalah SGD1.00. Mahal sikit bila balik. Kadang-kadang aku naik bas SBS (170/160) je kalau CW1 ramai sangat. Kat Kranji ni tak tentu, kadang-kadang beratur bukan main panjang kalau nak balik sekitar pukul 7.30-8.00 malam. Tapi yang paling leceh adalah masa nak tunggu bas kat checkpoint, lepas cop paspot.

Ada 2 pilihan, sama ada pergi ke Larkin dan ambil bas dari sana atau jalan kaki terus ke CIQ baru (Bangunan Sultan Iskandar) dari City Square dan JB Sentral. Aku ambil bas dari Larkin. Ada beberapa bas, Singapore Johor Express (SJE) - SGD2.40, SBS Transit, Causeway Link (bas kuning CW1, CW2).

Dari Larkin, bas akan bergerak ke bangunan CIQ, dari situ kena turun dan naik ke atas balai perlepasan untuk pemeriksaan passport. Bagi pemegang passport Malaysia agak senang melalui pintu automatik, cuma masukkan passport, tunggu ia dibaca oleh mesin dan sahkan dengan cap jari digital. Lepas tu kena turun bawah balik ke ruang menunggu bas. Kita boleh tunggu bas dari syarikat yang sama kita naik sebelum ini atau naik mana-mana bas yang ada mengikut destinasi yang dituju (kena bayar balik tiket). Oleh kerana bas SJE belum ada lagi, aku terus naik bas CW2 ke Kranji - RM0.90.

Dari bangunan CIQ, bas akan bergerak melintasi Tambak Johor. Sampai di Checkpoint Singapura, kena turun bas lagi untuk pemeriksaan passport. Masa ni lebih kurang pukul 10.00 pagi jadi orang dah tak ramai. Agak lancar walaupun kali ni aku kena 'full body check' dan beg semua kena selongkar. Lepas dah 'clear' semua urusan imigresen, turun ke bawah tunggu bas lagi. Macam tadi, boleh naik bas syarikat yang sama kita naik tadi atau terus naik mana-mana bas yang ada (tapi kena bayar lagi laa). Aku tunggu je bas CW2.

Rupa-rupanya dekat sangat stesen MRT Kranji dengan Checkpoint. Lebih kurang 5 minit je.

Pindah Johor

Minggu lepas akhirnya kami sekeluarga pindah kembali ke Johor. Hari terakhir aku kerja Jumaat, Sabtu kami terus pindah. Sewa lori dari loriuntukdisewa.blogspot. Perkhidmatan agak memuaskan dan itu yang termurah dapat kami cari untuk angkut barang dari KL ke Johor Bahru.

Rancangan untuk berpindah sebenarnya daripada akhir tahun lepas lagi. Agak sukar nak buat keputusan sebab sayang nak tinggalkan kerja sekarang tapi setelah difikirkan semua perkara, aku rasa pindah Johor adalah jalan terbaik bagi kami.

Hari Isnin, sehari lepas pindah kebetulan abang aku nak balik Kelantan. Keretanya banyak lagi kosong jadi kami ambil kesempatan untuk tumpang balik sama. Tercapai jugak hasrat aku nak balik Kelantan sekian lama. Kesian sebenarnya kat isteri yang dah sarat (8 bulan). Ini kali pertama balik setelah Fathi dapat berjalan, sebelum ni balik Kelantan Fathi baru 6 bulan. 'Mencabar' betul balik dengan anak kecik ni, taknak duduk diam budak ni. 2 kali muntah terjeluak makanan, habis semua orang hidu bau muntah Fathi sampai Kelantan, huhu.

5 hari kat Kelantan, terlepas jugak rindu kat ma dan abah. Harap-harap dengan pindah Johor ni akan dapat lagi banyak kesempatan untuk balik jenguk mereka. Hari Jumaat kami bertolak balik Johor, hari Isnin (semalam) aku kena masuk Singapura untuk interbiu kerja baru.

Sunday, April 18, 2010

Adakah Muhyidin layak terima zakat ?

Muhyidin Yassin dalam ucapannya di Hulu Selangor (melalui Buletin Utama) dengan bongkaknya berkata kalau kerajaan zalim, dah ramai rakyat yang mati kebuluran. Ni aku nak balas, kalau kerajaan tak zalim, selepas 52 tahun memerintah, patut dah tak ada rakyat negara ini yang terpaksa mengemis kat pasar malam sambil gendong anak kecil. Patut dah tak ada yang terpaksa mengemis kat tangga stesen lrt. Dan akhir sekali, rancangan Bersamamu kat TV3 tak sepatutnya wujud selepas 52 tahun parti dokongan kau memerintah.

Umar Bin Abdul Aziz selepas tak sampai 3 tahun memerintah, sudah tidak ada rakyatnya yang layak menerima zakat. Ini aku nak tanya, Umar Bin Abdul Aziz adalah satu-satunya rakyat dalam kerajaannya yang layak menerima zakat, adakah Muhyidin Yasin juga layak menerima zakat ? Kau boleh cakap kerajaan Umar Bin Abdul Aziz kecik, rakyatnya tak ramai. Abaikan saja fakta yang empayarnya ketika itu menjangkau sehingga ke Afrika. Tapi parti kau ada 52 tahun beb, Umar Bin Abdul Aziz cuma ada 3 tahun.

Sunday, March 14, 2010

Internet dan kesan terhadap bahasa.

"Bahasa amat berkait rapat dengan perkembangan budaya sesuatu bangsa. Kegagalan bangsa Melayu untuk berbahasa dengan betul dapat dilihat dalam ketiadaan sebuah budaya saintifik dalam pembangunan bangsa kita. Bahasa menterjemahkan pemikiran. Bahasa yang tunggang-langgang, caca merba dengan bahasa lain tanpa disiplin yang tetap, melambangkan pemikiran yang caca merba juga."

Melungsuri blog-blog tempatan kadang-kadang buat aku rasa takut dan rimas. Sudah amat jarang aku luangkan masa untuk membaca blog-blog tempatan. Masa online aku sekarang banyak dihabiskan di laman berkaitan dengan bidang kerjaya aku sahaja - programming.

Kebolehcapaian (accessibility) yang tinggi terhadap web dan segala macam aplikasinya untuk menghasilkan kandungan (content) - Facebook, Twitter, Blogger, Wordpress (sekadar menyebut beberapa nama) menyebabkan orang tak perlu 'berfikir' untuk menerbitkan sesuatu di web. Cuma perlu taip, tekan butang 'Post', 'Publish' dll, apa yang anda tulis akan tersebar ke serata Internet melalui web, email atau IM. Satu kesan paling ketara adalah terhadap penggunaan bahasa. 80% daripada kandungan blog tempatan (yang aku sempat baca) langsung tidak memberi sebarang perhatian terhadap aspek bahasa. Tunggang-langgang, bercampur baur Melayu-Inggeris dan mengabaikan segala bentuk peraturan tatabahasa dan 'typography'.

Yang paling menakutkan, sindrom ini menular kepada setiap peringkat umur sama ada remaja, dewasa, malah di kalangan guru-guru sekali. Aku cuma boleh berharap cikgu-cikgu ini bukan guru bahasa di sekolah masing-masing.

Sunday, August 30, 2009

Menguruskan Kutipan Derma Secara telus

Akhir-akhir ni agak kerap yang datang ketuk pintu rumah, nak kutip derma untuk organisasi tertentu. Aku kurang senang sebenarnya dengan kaedah sebegini. Dalam keadaan ramai yang cuba mengambil kesempatan, kaedah kutipan sebegini rasanya sudah tidak boleh dipakai.

Sukar nak tentukan ianya betul atau tidak.
Faktor psikologi - Kadang-kadang serba salah berapa nak bagi. Sikit sangat segan, banyak tak mampu.

Sebab tu bagi aku yang lebih efisien bagi mereka yang nak menganjurkan kutipan derma, buat satu persediaan lengkap. Sekurang-kurangnya nombor akaun bank yang digunakan untuk menyimpan dana yang dikutip. Lagi bagus kalau ada laman web khas (zaman sekarang pakai Facebook pun ok). Laman web ni kalau dapat 'peer-review' akan meningkatkan lagi kredibilitinya. Bayangkan kalau dekat Facebook, rakan anda memberi ulasan positif (atau 'Like' dalam fungsi Facebook), sudah tentu anda bertambah yakin terhadap kesahihan kutipan tersebut.

Bagi sukarela yang terlibat pula, apabila pergi dari rumah ke rumah tugas mereka hanyalah mengedarkan risalah berkaitan kutipan derma tersebut. Dalam erti kata lain, mereka hanya menimbulkan kesedaran (raising awareness) terhadap kutipan tersebut. Orang yang menderma pula, dapat melakukannya dengan rasa yakin (selepas menyemak maklumat yang diberikan) dan yang paling penting dapat melakukannya tanpa rasa segan dan sebagainya.

Baru sebentar tadi ada orang ketuk pintu rumah, nak kutip derma untuk Yayasan Latihan Insan Istimewa Ipoh.

"Awak bagi la no. akaun bank, nanti kalau ada masa saya check", aku terus potong cakap dia yang tengah nak terangkan pasal kutipan derma tu.

"Takde lah bang. Saya buat ni pun cuma tolong kawan je, mana ada akaun bank".

"Awak buat kutipan derma mesti ada akaun bank, kalau tak mana awak nak simpan duit tu. Lain kali buat betul-betul la, saya bukan taknak bagi".

Budak tu tak nak mengalah, "Kalau abang ada cek, abang tulis je lah atas nama ni".

Budak ni, takkan aku nak tulis cek sepuluh ringgit je.

"Maaflah, kalau awak ada nombor akaun saya boleh check nanti kalau ada masa", tutup bicara, malas dah nak layan.

Oleh sebab budak tu tinggalkan nama organisasi yang buat kutipan derma tu, aku google jugak nama yang dia berikan. Sebab dah janji, tak baik janji kosong. Nama tersebut ada disenaraikan kat laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kat Facebook pun ada group yang menyatakan organisasi tersebut. Jadi boleh dianggap kutipan derma yang sah. Oleh kerana di laman web JKM tu ada sertakan sekali nombor akaun bank. aku buat interbank transfer ke akaun tersebut. Sikit je, kalau banyak aku dah tulis kat sini, siap bold lagi.

Aku rasa lebih selesa dengan cara macam ni. Kalau tak macam kena paksa bila orang datang kutip derma kat rumah. Aku paranoid sebab dah pernah kena tipu, bukan sikit, banyak ! Atas nama kebajikan jugak.

Tuesday, August 18, 2009

AH1N1: Keberkesanan topeng muka

Face masks, do they work ?
http://www.smh.com.au/national/face-masks-do-they-work-20090430-aod2.html
"The role of face masks is indeterminate at the moment. There are various opinions but we can't be sure," says Professor Adrian Sleigh of the National Centre for Epidemiology and Population Health in Canberra.
Topeng muka juga hanya boleh dipakai sekali dan terus dibuang. Tertanya-tanya juga sama ada orang ramai amalkan atau tidak. Satu sekarang mungkin RM2.00, maknanya satu bulan kerja kena belanjakan RM40.00 untuk topeng muka sahaja. Nasib baik tiada sebarang perbezaan antara topeng yang mahal dengan yang murah dari segi keberkesanan.

Dan ini pula, tidak digalakkan memakai topeng muka bagi mereka yang sihat:-
The wearing of face masks by healthy individuals who are not involved in caring for people who are ill (i.e. the general public) is not recommended by the HPA. However, it is recognised that some people may choose to do so. The available scientific evidence does not suggest that this is an effective preventative measure. In addition, there are a range of practical issues that may need to be considered:
Perlukan alternatif lain nampaknya.

Sunday, August 02, 2009

Kewajaran tunjuk perasaan secara aman

Baru lepas balik dari JB, ambil Fathi dan maknya. Seminggu Fathi kat Johor, terlepas jugak lah rindu atuk dan neneknya.

Menonton warta berita sambil basuh pinggan kat dapur, hati sedikit terbakar dengan komen-komen naif yang ditemubual berkaitan kewajaran demonstrasi semalam di ibu kota. Temanya tetap sama. Menyusahkan orang ramai - nak berniaga, keluar beli-belah, jalan-jalan hujung minggu orang ramai dan komen-komen simplistik lain. Apakah hidup korang tak lebih sekadar makan, minum, tidur dan 'buat anak' ? Itu je ke matlamat hidup korang kat dunia ni ?

Kewajaran berhimpun secara aman
Ia sepatutnya tidak menjadi isu dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Hati aku betul-betul tercalar. Apabila sebuah pasukan bola sepak luar datang ke negara kita, jentera polis boleh dikerah untuk memastikan kawalan keselamatan dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Beberapa jalan raya ditutup/dilencongkan bagi memastikan kelancaran arus lalu lintas. Anggota polis ditempatkan di sepanjang jalan untuk memberi panduan kepada pemandu-pemandu kenderaan yang mungkin tidak sedar situasi yang berlaku.

Namun apabila rakyat negara sendiri ingin berhimpun secara aman menyuarakan hasrat mereka polis yang sepatutnya bertanggung jawab memastikan keselamatan mereka menembak mereka ini dengan 'meriam air' (water cannon), gas pemedih mata dan sebagainya. Wajarkah ?

Andai kata soal perut-pedal seperti berniaga, beli belah, jalan-jalan dan sebagainya tetap jadi keutamaan golongan 'pencinta kedamaian' ini ia sepatutnya tidak menjadi isu jika pihak polis bertindak mengawal keamanan. Malah ia mungkin boleh bertukar menjadi lubuk rezeki bagi para peniaga di sekitar kawasan terlibat sebagaimana program keramaian yang lain.

Saturday, June 27, 2009

Fathi: 4 bulan

Pakai baju yang tok teh dia belikan.

Friday, March 06, 2009

Fathi Bin Mohd Kamal

21 Februari 2009, pukul 12.05 malam, cahaya mata sulungku selamat dilahirkan. Aku tak sempat bagaimana pun untuk menemani isteriku melalui saat-saat genting dan bersejarah itu. Agak kesal dan hiba bila isteriku menceritakan balik apa yang dia lalui pada hari tersebut. 

Alhamdulillah, anak kami tiada apa-apa masalah. Cuma pada hari kedua, dia dimasukkan ke NICU sebab kuning. Selama 3 hari dia berada di sana, kami berdua agak tertekan. Doktor tak benarkan dia balik selagi kuning tu tak turun ke paras yang selamat. Isteriku pula agak lemah, jadi aku terpaksa bawa dia balik dulu untuk berehat. Bayi terpaksa kami amanahkan kepada pihak hospital untuk menjaganya.

Lepas bawa dia balik, timbul krisis pulak dengan mak mertua. Dia nak isteriku berpantang cara tradisional, aku pula semestinya ada cara tersendiri. Agak terkilan sebab mertua langsung tak nak mengalah. Sekarang cuma berharap aku dapat bawa anak dan isteriku balik ke rumah secepat mungkin. Dah sebulan lebih aku kat rumah ni sorang2, sunyi betul.

Esok aku balik Johor. Lusanya buat aqiqah untuk Fathi. Abah balik nak ... !

Saturday, February 21, 2009

Kesetian kepada raja dan negara

Akhir-akhir ni, saya jarang sangat gelak. Tapi secebis daripada tulisan saudara sebol ni amat mencuit hati saya:-

Nampaknya tahun 1993 dahulu , Dr Mahathir terlupa pinda Rukun Negara.

Wednesday, February 18, 2009

Ketaatan kepada Allah dan Rasul, serta Raja sebagai pemimpin

Artikel yang amat halus dan dalam maksudnya. Memberikan pencerahan yang agak bermakna dalam membentuk kerangka pemikiranku berkaitan perkembangan politik semasa. Baris yang paling bermakna:-
Inilah jasa kekal kesultanan Melayu. Jika kita ingat, kita pasti mensyukuri kesultanan Melayu. Jika sultan ingat, sultan pasti terus mendaulatkan Islam.
(serlahan ayat olehku) (emphasize is mine).
Kesultanan itu akan terus disanjungi oleh rakyat selagi mana ia menyanjung Islam sepenuh-penuhnya. Teringat pula khutbah Saidina Umar Al-Khattab semasa membuka Palestin mengingatkan kaumnya, kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam.

Sultan Must Read Their Subjects Well oleh Bakri Musa juga menarik untuk dibaca.

Monday, February 16, 2009

Rutin baru

Awal bulan ni ofis pindah ke Bukit Jalil, sekali gus merubah rutin harian aku secara drastik sekali. Sebelum ni biasanya keluar rumah selepas pukul 8.30 tapi sekarang sebelum pukul 6.50 pagi aku dah mesti berada kat stesen LRT kalau tak nak berebut-rebut dengan manusia tak reti sivik kat stesen Wangsa Maju ni. Tukar tren kat Masjid Jamek dan kemudian ambil bas (atau jalan kaki) ke TPM dari stesen Bukit Jalil. Memenatkan. Berapa lama agaknya boleh tahan ... ? ;)

Keserentakkannya, isteri mula duduk kat Johor tunggu hari. Duduk kat rumah-rumah sorang2, setiap hujung minggu bergegas balik Johor pula. Kepala dah rasa pusing. Dan daripada awal bulan ni lagi kena ulang-alik terus ke Putra Jaya mengendalikan training Drupal kat JPM. Pergi naik teksi dari stesen Bukit Jalil (RM25.00, laju je duit keluar bulan ni), balik naik bas Metro (no.68) ke stesen KTM Serdang, turun kat Bandar Tasik Selatan tukar ke LRT Aliran Ampang (STAR) menuju ke Masjid Jamek. Nak jalan kaki ke stesen Putra kat bawah tu dah rasa tak larat. Sampai rumah tinggal beberapa jam je nak cas balik bateri sebelum rutin yang sama bermula lagi esok harinya, aaaghh !

Sunday, January 25, 2009

Hosting

Batalkan pemindahan ke VPS zenpipe.com. Terlalu banyak kerja pengurusan server perlu dilakukan. Latency ke webfaction dan slicehost juga bertambah baik kebelakangan ini. Masih menunggu jawapan daripada ustaz Hasrizal untuk memindahkan saifulislam.com ke webfaction buat sementara untuk menguji sama ada webfaction mampu menanggung beban saifulislam.com.

Wednesday, October 11, 2006

Customizing Drupal form

By default, Drupal Form API would render each element per row. To alter the presentation, we have several ways. The simplest one is by defining #suffix, #prefix attributes in the form elements. The prefered one is by defining the theme function that would override the default presentation. Consider the following form definition:-

function customer_form($customer) {
  $form = array();
$form['name'] = array('#type' => 'textfield',
'#default_value' => $customer->name,
'#title' => 'Nama');
$form['address'] = array('#type' => 'textarea',
'#default_value' => $customer->address,
'#size' => 30,
'#title' => 'Alamat');
$form['postcode'] = array('#type' => 'textfield',
'#title' => t('Poskod'),
'#size' => 5,
'#maxlength' => 5,
'#default_value' => $customer->postcode);
$form['city'] = array('#type' => 'textfield',
'#title' => t('Bandar'),
'#size' => 30,
'#default_value' => $customer->city);
}
The form is build by the following function:-
function customer_new($customer) {
return drupal_get_form('customer_new', customer_form($customer));
}
So to override the default presentation, we define the theme function as `theme_form_id`:-
function theme_customer_new($form) {
$output = new Container;
$output->add(form_render($form['name']));
$table = html_table();
$table->add_row(form_render($form['address']), form_render($form['city']), form_render($form['postcode']));
$output->add($table);
// render the rest of the elements
$output->add(form_render($form));
return $output->render();
}
References:- http://drupal.org/node/47582

Notes:-
This example make use PHPHtmllib library to build the HTML table.