Kali pertama aku nak sewa kereta, yang aku jumpa cuma KLEzcar, yang direkomen seorang rakan FB. Aku sewa Persona untuk balik raya. Asalnya nak cari Alza tapi sebab dah lambat, cuma Persona je yang ada. Proses tempahan dan bayaran semua melalui website, cuma deposit bayar secara tunai masa nak ambil kereta.
Kali kedua, aku cuba Wahdah pula. Kali ini aku bertanya kat FB, rupanya ramai juga kalangan kawan-kawan sekitar JB ni yang buat bisnes kereta sewa. Proses tempahan Wahdah juga melalui laman web mereka. Bayaran boleh melalui kad kredit dan beberapa pilihan lain. Yang menarik transaksi Wahdah adalah 100% online, tiada tunai. Jadi kita cuma pergi ke tempat 'pick-up' dan tunjukkan slip tempahan. Untuk sewaan kali ini, aku cuba Alza.
Kali ketiga, aku sewa dengan Tazbay, kereta Alza baru dan aku orang pertama yang pandu ! Proses tempahan adalah melalui Whatsapp dan untuk bayaran, boleh bagi tunai atau buat pindahan bank je. Aku ada tempah untuk sewa melalui Tazbay sekali lagi selepas itu tapi terpaksa cancel saat-saat akhir sebab anak tak sihat. Burn duit deposit tapi sebenarnya dah agak bernasib baik sebab polisi biasa penyedia kereta sewa jika pembatalan dalam masa kurang 24 jam, tiada sebarang refund.
Jadi itu antara perkhidmatan kereta sewa yang aku dah cuba. Kalau anda ada yang lain, boleh kongsikan sekali melalui komen di bawah.
Thursday, February 08, 2018
Tuesday, February 06, 2018
Perbaharui Passport
Setia Tropika - ramai
UTC Kota Raya - Ahad ramai
Ambil nombor giliran, beratur. Sediakan passport lama + mykad. Kalau passport guna cover, keluarkan siap-siap.
No dipanggil ke kaunter permohonan - nyatakan 2 atau 5 tahun, ambil gambar, sahkah maklumat diri, tandatangan, thumbprint. Pastikan pakai baju gelap, kalau tak nanti kena pakai jaket yang mereka sediakan utk ambil gambar.
Tunggu dipanggil ke kaunter bayaran. Masa untuk ambil akan ditulis pada resit bayaran - biasa selepas 1 jam.
Selepas 1 jam, pergi ke kaunter serahan. Pegawai bertugas akan buat pengumuman - Resit pukul sekian-sekian ke pukul sekian-sekian, boleh serahkan resit - letak resit dalam bakul yang disediakan. Tunggu nama dipanggil.
Atas cerita tahun 2014. 2018, aku kena perbaharui passport lagi. Prosedur masih lebih kurang sama. Aku pergi ke UTC Kota Raya juga. Kalau dulu aku pergi pagi, kena beratur panjang. Kali ni aku pergi waktu petang. UTC Kota Raya buka sampai 10 malam. Tak perlu beratur masa nak ambil no. giliran.
Di kaunter permohonan, tiada lagi pilihan tahun. Bayaran nampaknya tetap kepada RM200.
UTC Kota Raya - Ahad ramai
![]() |
| Kaunter Imigresen UTC Kota Raya JB |

| UTC Kota Raya, JB. Sebelah kanan LHDN dan JPN |
Tuesday, November 14, 2017
Tentang Bitcoin
Buat masa sekarang, post ini cuma mengandungi pautan ke artikel-artikel dan perbincangan berkaitan bitcoin. Banyak aku nak tulis pasal bitcoin tapi belum sempat (alasan standard ...).
Aku cuma berminat dengan bitcoin secara teknikal. Sama ada bitcoin ni patuh syariah atau tidak, aku masih berbelah bagi. Setakat yang aku jumpa, banyak pendapat hanya menyentuh aspek non-teknikal yang bagi aku, tidak adil untuk mengatakan bitcoin tidak patuh syariah.
Namun bila bercakap pasal mining, jika anda faham apa yang miner buat sebenarnya, ia bagi aku hampir sama dengan mencuba nasib atau bahasa kasarnya judi. Bila terangkan pasal mining, ramai yang sebut pasal menyelesaikan "permasalahan matematik". Ianya tidaklah secanggih itu. Tiada permasalahan matematik yang hendak diselesaikan pun. Ianya hanyalah proses meneka suatu nombor rawak daripada sejumlah nombor yang amat besar dan miner hanya boleh 'meneka' nombor tersebut melalui pengulangan proses cuba-jaya (try and error).
Aku sebenarnya lebih berminat dalam aspek "decentralization" (decent) dan kebetulan, atau lebih tepat kedatangan bitcoin mempopularkan balik idea berkaitan decent yang mati seketika pasca dotcom boom dan keghairahan terhadap media sosial.
Adakah bitcoin akan mati satu ketika nanti ?
Satu perkara yang menganggu fikiran aku tentang bitcoin sekarang adalah ia bukan lagi semata-mata berfungsi sebagai matawang untuk medium pertukaran barang (medium of exchange), tapi bitcoin itu sendiri diniagakan dan dijadikan bahan pelaburan dan pelabur bergantung kepada spekulasi harga bitcoin bagi mengaut keuntungan.
Satoshi was wrong ?

Labels:
bitcoin,
blockchain,
cryptocurrency,
decentralized
Friday, August 04, 2017
Review pendek filem Teacher's Diary
Aku terjumpa filem ni masa dok browse kat youtube. Tak sangka ia filem yang menarik. Kisah 2 orang guru yang dihantar mengajar ke sekolah "rumah bot" di pedalaman. Aku tak nak cerita lebih-lebih, nanti spoiler pulak.
Jadi aku cuma kongsikan satu detik berkesan bagi aku dalam filem ini. Iaitu semasa Ms Ann cuba memujuk salah seorang pelajar untuk kembali ke sekolah. Ms Ann menggunakan alasan, dengan belajar kita akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan berbagai jenis pekerjaan di luar sana, tidak terhad kepada hanya menjadi nelayan. Alasan itu nampaknya sukar difahami oleh Con, yang tidak nampak sebarang masalah dengan menjadi nelayan, pekerjaan yang telah dilakukan oleh datuk dan ayahnya. Mr. Song bagaimanapun berjaya memujuk Con kembali ke sekolah, alasannya lebih dekat dan mudah difahami oleh minda Con.
Menonton filem ini, aku tidak dapat lari daripada teringat kepada filem-filem sebelum ini seperti Three Idiots (Amir Khan) dan novel serta filem Laskar Pelangi. Kesemuanya cuba mengajak kita melihat pendidikan daripada sudut yang berlainan. Dialog antara Ms. Ann dan Nui di akhir filem ini antaranya, cuba menyimpulkan erti sebenar pendidikan yang berbeza pemahamannya antara Nui, seorang guru di bandar, dan Ms. Ann serta Mr. Song yang mengajar di pedalaman.
Jalan cerita filem ini bagi aku menarik, dan tidak terlalu tipikal. Aku anggap sesuatu jalan cerita itu menarik bila ia membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, dan kadang-kadang mendorong kita untuk undur ke belakang untuk cuba memahaminya dengan lebih baik.
Filem ini bagi aku sesuai untuk tontonan bersama keluarga. Tiada adegan yang kurang enak, kecuali beberapa dialog tertentu.
![]() |
| http://www.imdb.com/title/tt3500528/ |

Sunday, April 09, 2017
Live Chat Untuk Customer Support
Aku terima email daripada support Netlify, ayat standard support macam biasa sebab aku baru lepas guna service dia. Dan aku reply email tu sebab ada maklumat menarik yang aku baru tahu daripada email tu.
Kebetulan dashboard website dia pun aku tengah buka. Dengar ada bunyi notifications. Rupanya live chat popup. Tapi yang menarik adalah, mesej yang sama aku dapat melalui email, dan termasuk dengan reply aku sekali !
Wow, menarik ! Email dan live chat fully integrated. Kemungkinan dia pakai intercom.com utk support application. Aku suka fungsi mcm ni. Tapi harga intercom.com ni boleh tahan mahal. USD99++ utk pelan asas.
Alternatif selain daripada intercom adalah Drift serta tawk.to. Yang menarik dengan Drift adalah ia mempunyai pelan percuma tapi masih mempunyai features seperti intercom.

Thursday, August 27, 2015
Pin tweet di twitter
Informasi di media sosial bergerak pantas. Dalam sehari mungkin berpuluh tweet yang anda post dan tweet yang lama akan turun ke bawah, digantikan dengan tweet terbaru. Tapi bagaimana jika anda mahukan tweet tertentu kekal di bahagian atas profile twitter anda ?
Rupanya Twitter ada fungsi tersebut.
Klik pada ikon ... (dot dot dot) dan anda dapat melihat beberapa opsyen lain keluar dan salah satunya adalah "Pin to your profile page". Setelah memilih opsyen ini, anda akan lihat tweet tersebut kini berada pada bahagian atas profile anda:-

Thursday, January 22, 2015
Ambil Gambar Anak Tapi Bukan Dengan Kamera
Adegan dalam siri TV Hawaii Five O yang saya tonton pada tahun lepas.
Danny sedang menunggu anaknya mencuba pakaian untuk satu majlis di sekolahnya. Bila anaknya keluar, Danny teruja dan memuji anaknya sangat cantik sambil berkata:-
"Kita mesti ambil gambar"
Sangka saya dia pastinya akan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar tetapi tidak. Dia cuma membuat gaya tangan seolah-olah mengambil gambar.
Saya sangat terkesan dengan adegan tersebut.
Teknologi bukan segalanya.
Kita obses merakam memori digital tetapi memori yang lebih bermakna adalah pada ingatan kita sendiri. Ia akan kekal hingga ke akhir hayat.
Memetik tulisan Audra Rundle dalam 5 Lessons Learned From Leaving Facebook:-
Danny adalah seorang duda yang sedang dalam proses mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya. Kerjayanya sebagai polis membuatkan dia kerap terlepas peluang untuk bersama-sama anaknya.

Not everything needs to be captured.p/s:-
Just like caged animals, the spirit of a memory sometimes loses something very important when it is captured. It's natural to want to 'catch' a beautiful moment in time so you can bring up the picture or post later and hope to stir up the same emotions, yet so many moments in life are magical for that one moment only. They are gifts from nature, rewards of life, and meant only to live in your memory -- not to be photographed and shared with hundreds who weren't there.
Danny adalah seorang duda yang sedang dalam proses mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya. Kerjayanya sebagai polis membuatkan dia kerap terlepas peluang untuk bersama-sama anaknya.
Monday, October 27, 2014
Dari Mana Kita Bermula ?
Untuk memahami sebuah aturcara komputer, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti daripada mana aturcara tersebut bermula. Dalam bahasa programmer, ia dipanggil entry-point.
Tidak tahu di mana entry-point tidak bermakna programmer tidak boleh meneruskan pembangunan sebuah aturcara. Aturcara komputer hari ini adalah begitu kompleks, ramai saja programmer yang tidak ambil kisah pun di mana entry-point sebuah aturcara dan masih tetap dapat meneruskan pembangunan aturcara tersebut.
Namun tidak mengetahui di mana entry-point akan menyebabkan programmer sentiasa dalam kebingungan apabila berlaku sesuatu masalah pada aturcara yang mereka bangunkan. Mereka terpaksa meneka-neka dalam kegelapan akan punca sesuatu masalah (bug).
Begitu juga kehidupan ini, kita perlu tahu dari mana dan bagaimana kita bermula. Jika tidak, kita akan meraba-raba dalam kegelapan apabila ada masalah melanda kehidupan kita.

Sunday, October 26, 2014
Bahasa Yang Paling Mudah Dipelajari
Perbincangan yang menarik berkaitan bahasa apa yang paling senang dipelajari. Jawapan utama, yang menggunakan carta daripada Defense Language Institute (DLI) agak bias kepada mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
DLI mengkelaskan tahap kesukaran seperti berikut:-
Komen yang paling menarik (berkaitan objektiviti jawapan) adalah daripada Kai Schwind:-

- Category I languages, 26-week courses, include Spanish, French, Italian and Portuguese.
- Category II, 35 weeks, includes German and Indonesian
- Category III, 48 weeks, includes Dari, Persian Farsi, Russian, Uzbek, Hindi, Urdu, Hebrew, Thai, Serbian Croatian, Tagalog, Turkish, Sorani and Kurmanji
- Category IV, 64 weeks, includes Arabic, Chinese Mandarin, Korean, Japanese and Pashto
Komen yang paling menarik (berkaitan objektiviti jawapan) adalah daripada Kai Schwind:-
Interesting, yes, but not really objective since it takes English native speakers as a point of departure. Since it is impossible to NOT speak a language we won't be able to assess which ones are hardest to learn. We have to wait until that Alien invasion takes place and see which ones they pick up fastest...http://www.quora.com/What-is-the-easiest-spoken-language-to-learn
Tuesday, October 07, 2014
Selamatkan laman web daripada hilang
Anda mungkin pernah mengalami, link yang dikongsi oleh rakan-rakan, atau yang anda bookmark satu ketika dahulu, kini hanya memaparkan mesej "Not Found" apabila cuba dicapai. Laman web hanyalah sebuah fail yang dikongsi secara umum di komputer pelayan web (web server). Komputer tersebut mungkin sebuah pelayan (server) di dalam sebuah data center gergasi, ataupun sebuah komputer biasa di ceruk rumah atau pejabat seseorang. Apabila fail tersebut dipadam, atau komputer (server) itu sendiri yang tamat riwayatnya, hilanglah laman yang anda cuba capai.
Dalam erti kata lain, laman web yang ada hari ini datang dan pergi. Ia tidak akan kekal. Sejarah dunia IT telah pun mencatat laman-laman web yang wujud suatu ketika dahulu, kini hanya tinggal nama. Anda mungkin pernah dengar nama Geocities, ia salah satu yang hanya wujud di celah lipatan sejarah dunia maya.
Ada pelbagai usaha dilakukan untuk mengekalkan (preserve) laman-laman web ini daripada terus hilang. Salah satu usaha yang paling signifikan pada pandangan saya adalah daripada Archive.org. Fungsi Wayback Machine membolehkan anda kembali ke belakang, untuk melihat bagaimana sesebuah laman web kelihatan di masa lampau. Laman web pertama yang saya bina (selepas mempelajari HTML) contohnya, masih boleh dilihat di laman archive.org.
Laman archive.org bagaimana pun tidak membenarkan anda untuk menghantar laman web yang anda mahu arkibkan. Jadi ia hanya bergantung kepada crawler archive.org menemui laman anda. Untuk tujuan ini, saya gunakan laman archive.today yang membenarkan saya hantar link yang hendak diarkib.
Bagaimana pun baru-baru ini, saya perasan yang archive.org mempunyai fungsi baru yang dipanggil "Save Page Now". Sama dengan laman archive.today, ia membenarkan anda untuk memasukkan link yang anda hendak arkibkan. Jadi jika ada laman web yang anda rasa penting untuk anda, boleh gunakan kedua-dua perkhidmatan ini untuk memastikan ia tidak akan hilang.
Satu lagi kegunaan khidmat arkib ini ialah apabila anda hendak memasukkan sesuatu link ke dalam penulisan anda. Jadi tidaklah apabila pembaca tulisan anda cuba mencapai link yang anda sertakan, link tersebut sudah pun hilang. Ini pastinya amat penting jika penulisan tersebut berbentuk ilmiah seperti tesis dan jurnal.

Saturday, September 20, 2014
Nama-nama Domain Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Dengar
Update Jun 2017
Kesemua domain-domain baru ini diwujudkan di bawah program New gTLD Program oleh ICANN. Di bawah program ini, nama top-level-domain (TLD) tidak lagi dihadkan kepada beberapa nama sahaja. Sebaliknya ICANN terbuka kepada sebarang proposal untuk TLD yang baru.Dan antara yang diperkenalkan di bawah program New gTLD ini adalah brand domain. Brand domain ini adalah TLD yang dimiliki dan diuruskan oleh nama-nama jenama terkenal seperti apple, nike, google, facebook dan sebagainya. Contohnya, google mempunyai domain mereka sendiri iaitu .google, dan antara website yang mereka bangunkan di bawah domain ini adalah blog.google dan domains.google !
***************
Nama domain yang berakhir dengan .com, .net, .org, .edu, .my sudah biasa didengari oleh warga Internet. Seiring dengan perkembangan Internet, banyak nama domain baru yang diperkenalkan sehingga mungkin ada antara kita yang tidak pernah mendengarnya atau tidak menyangka sama sekali ia wujud.
Dalam tulisan ini saya cuba senaraikan beberapa nama domain yang mungkin jarang kita dengar:-
.today
Tujuan domain ini diperkenalkan adalah untuk kegunaan umum. Sesuai untuk laman web yang ingin memaparkan maklumat semasa seperti laman berita. Diuruskan oleh Donuts (Pearl Woods, LLC). Harganya agak mahal sedikit berbanding .com, sekitar RM50-60. Contoh laman web menggunakan domain ini adalah archive.today.
.chat
Baru dibuka mulai Mei 2015. Melihat kepada nama, domain ini sesuai untuk laman web berorientasikan komunikasi. Saya jumpa domain ini melalui laman hack.chat. Juga diuruskan oleh Donuts. Agak mahal harga untuk domain ini, tinjauan ringkas di laman pendaftaran nama domain menunjukkan harganya sekitar USD39++ setahun,
.xyz
Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan nama domain yang senang diingati, sesuai untuk kegunaan individu atau organisasi. Diuruskan oleh XYZ.COM LLC. Harganya lebih kurang dengan harga .com, sekitar RM30-40. Contoh laman web menggunakan domain ini adalah ceo.xyz, milik Daniel Negari, CEO XYZ.COM.
Pada 10 Ogos 2015 juga, Google mengumumkan pembentukan entiti baru mereka yang dinamakan Alphabet dan domain yang mereka gunakan untuk entiti baru tersebut adalah abc.xyz !
.life
Tiada maklumat ditemui berkenaan tujuan domain ini diperkenalkan. Diuruskan oleh Donuts (Pearl Woods, LLC). Harganya agak mahal, RM80++. Tiada laman web menarik ditemui menggunakan domain ini melainkan beberapa blog seperti dan.life, xpat.life, simplified.life dan www.organized.life.
.io
Domain ini sudah menjadi popular sekarang tapi saya senaraikan juga di sini. Ia pada mulanya khusus untuk British Indian Ocean Territory, sebuah pulau tanah jajahan British di Lautan Hindi. Domain ini popular di kalangan syarikat-syarikat startup IT dan selalu digunakan sebagai domain untuk perkhidmatan yang mereka tawarkan. Harganya agak mahal, RM190++.
.guru
Tiada maklumat rasmi daripada ICANN berkenaan tujuan domain ini diperkenalkan. Kemungkinan ia disasarkan untuk laman web daripada pakar dalam sesuatu topik. Harganya agak mahal juga, RM90++. Tiada laman menarik ditemui menggunakan domain ini.
.menu
Domain yang menarik untuk pengusaha restoran atau mereka yang terlibat dalam industri makanan. Cuma sayang, makanan.menu sudah pun dibeli. Harganya boleh tahan mahal, RM16++. Cuma satu laman web saya temui menggunakan domain ini iaitu one.menu.
.tips
Domain ini saya rasa dalam kategori yang sama dengan .guru atau .expert tapi mungkin sesuai dengan mereka yang tidak ingin menganggap diri mereka sebagai pakar. Sayang sekali lagi, domain kerjaya.tips telah pun diambil orang.
.pro
Ia adalah nama domain ke-7 yang diluluskan oleh ICANN, bersama dengan .info, .biz, .name, .museum, .coop dan .aero. Pendaftaran domain ini bagaimana pun memerlukan beberapa syarat, antaranya mempunyai lesen atau kelayakan yang diiktiraf oleh badan kerajaan sebagai profesional dalam bidang yang berkaitan. Antara laman web yang ditemui menggunakan domain ini adalah www.techwell.pro, sebuah laman berita berkaitan perkembangan terkini dalam industri pembangunan perisian.
.watch
Mula dibuka pada 23 January 2014. Pendaftarannya terbuka kepada sesiapa sahaja tapi mungkin sesuai untuk laman berkaitan media, video streaming ataupun NGO bersifat watchdog, contohnya rasuah.watch. Harganya agak mahal juga, lebih kurang RM90++ setahun.
.rocks
Mula dibuka untuk pendaftaran pada 10 April, 2014. Buat masa sekarang nampaknya banyak digunakan oleh laman-laman bertemakan muzik. Saya mula tahu berkenaan domain ini melalui seorang rakan FB yang menggunakannya untuk laman yang beliau bangunkan. Tidak bertemakan muzik tapi tetap satu pilihan nama yang menarik - demo.rocks - untuk web developer memuat naik aplikasi yang mereka bangunkan khusus untuk demo. Harga domain ini juga agak murah, lebih kurang RM30++ setahun.
.run
Mula dibuka untuk pendaftaran pada Ogos, 2015. Contoh laman web yang menggunakan domain ini adalah apex.run. Harganya agak mahal, sekitar RM150++ setahun.
Ada banyak lagi domain-domain menarik lain. Mungkin anda boleh turut berkongsi nama-nama domain yang anda rasa unik dan mungkin juga 'catchy'.
Thursday, August 28, 2014
Macam Astro Tapi Bukan Astro
Kerap kali pertanyaan tentang Skybox/Openbox atau apa-apa perkhidmatan seumpamanya muncul di wall FB. Untuk mengelakkan saya terpaksa mengulang balik setiap kali pertanyaan itu muncul, saya cuba kongsikan di sini apa yang saya faham berkaitan Skybox/Openbox ini.
Secara umumnya, perkhidmatan ini adalah satu bentuk card sharing. Seorang melanggan secara penuh perkhidmatan tv satelit berbayar (seperti Astro) dan kemudian kongsi langganannya kepada orang lain. Namun ada sedikit halangan teknikal sebelum perkongsian tersebut boleh dilakukan.
Semua signal siaran tv satelit berbayar telah dienkripkan. Jadi walaupun kita dapat menerima siaran tersebut melalui piring penerima satelit di rumah kita, ia tetap tidak dapat ditonton melalui tv kerana signalnya dalam bentuk scrambled. Itulah fungsi dekoder astro dan simcard yang dimasukkan padanya. Dalam simcard tersebut, ada encryption key yang digunakan untuk decrypt signal daripada astro.
Tapi itu tidak menghalang orang untuk berfikir sedikit kreatif bagi mengatasi halangan ini. Apa yang diperlukan cuma encryption key. Ia boleh didapati melalui pelbagai cara selain simcard. Salah satunya adalah melalui Internet.
Ini adalah sebab kenapa Skybox/Openbox memerlukan akses Internet. Dekoder Skybox akan menghubungi server penyedia perkhidmatan tersebut yang akan berkongsi encryption key dan hasilnya pelanggan Skybox dapat menonton siaran Astro melalui tv mereka. Internet hanya digunakan untuk mendapatkan encryption key jadi ia tidak perlukan bandwidth yang tinggi.
Selain perkhidmatan tv satelit berbayar, sebenarnya ada banyak juga tv satelit percuma. Ia dipanggil Free To Air Sattelite TV (FTA). Anda boleh cuba google untuk mendapatkan senarai FTA di Asia. Siaran FTA ini boleh dicapai melalui piring satelit Astro anda setelah melakukan sedikit penalaan frekuensi dan mungkin mengubah kedudukan piring itu sedikit.
Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan penyedia Skybox sekarang turut memasukkan fungsi untuk mengakses siaran FTA ke dalam dekoder mereka. Ini memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu membuat penalaan sendiri lagi.
Adakah perkhidmatan ini sah disisi undang-undang ? Saya tidak pasti. Saya bukan pelanggan Astro jadi saya tidak tahu apakah terma dan syarat mereka berkaitan card-sharing. Namun ada laporan akhbar sebelum ini berkaitan tangkapan terhadap penyedia perkhidmatan tv satelit.
Berkenaan FTA pula, saya ada jumpa perbincangan yang mengatakan sebarang akses kepada signal satelit di luar jarak tertentu memerlukan permit khas kerajaan dan buat masa sekarang, hanya Astro ada kebenaran tersebut.
Rujukan lain:-
http://blogsatellite.com/satellite-card-sharing-what-is-it-exactly.html
http://security.stackexchange.com/questions/41797/is-it-possible-to-decrypt-a-satellite-tv-signal-without-using-a-smart-card
http://satelitinew.wordpress.com/cardsharing/
Gambar hiasan - sumber.
Secara umumnya, perkhidmatan ini adalah satu bentuk card sharing. Seorang melanggan secara penuh perkhidmatan tv satelit berbayar (seperti Astro) dan kemudian kongsi langganannya kepada orang lain. Namun ada sedikit halangan teknikal sebelum perkongsian tersebut boleh dilakukan.
Tapi itu tidak menghalang orang untuk berfikir sedikit kreatif bagi mengatasi halangan ini. Apa yang diperlukan cuma encryption key. Ia boleh didapati melalui pelbagai cara selain simcard. Salah satunya adalah melalui Internet.
Ini adalah sebab kenapa Skybox/Openbox memerlukan akses Internet. Dekoder Skybox akan menghubungi server penyedia perkhidmatan tersebut yang akan berkongsi encryption key dan hasilnya pelanggan Skybox dapat menonton siaran Astro melalui tv mereka. Internet hanya digunakan untuk mendapatkan encryption key jadi ia tidak perlukan bandwidth yang tinggi.
Selain perkhidmatan tv satelit berbayar, sebenarnya ada banyak juga tv satelit percuma. Ia dipanggil Free To Air Sattelite TV (FTA). Anda boleh cuba google untuk mendapatkan senarai FTA di Asia. Siaran FTA ini boleh dicapai melalui piring satelit Astro anda setelah melakukan sedikit penalaan frekuensi dan mungkin mengubah kedudukan piring itu sedikit.
Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan penyedia Skybox sekarang turut memasukkan fungsi untuk mengakses siaran FTA ke dalam dekoder mereka. Ini memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu membuat penalaan sendiri lagi.
Adakah perkhidmatan ini sah disisi undang-undang ? Saya tidak pasti. Saya bukan pelanggan Astro jadi saya tidak tahu apakah terma dan syarat mereka berkaitan card-sharing. Namun ada laporan akhbar sebelum ini berkaitan tangkapan terhadap penyedia perkhidmatan tv satelit.
Berkenaan FTA pula, saya ada jumpa perbincangan yang mengatakan sebarang akses kepada signal satelit di luar jarak tertentu memerlukan permit khas kerajaan dan buat masa sekarang, hanya Astro ada kebenaran tersebut.
Rujukan lain:-
http://blogsatellite.com/satellite-card-sharing-what-is-it-exactly.html
http://security.stackexchange.com/questions/41797/is-it-possible-to-decrypt-a-satellite-tv-signal-without-using-a-smart-card
http://satelitinew.wordpress.com/cardsharing/
Monday, August 25, 2014
Contoh Praktikal Cari Gambar Guna Gambar
Membuat verifikasi terhadap maklumat yang anda jumpa di Internet, menggunakan kaedah cari gambar guna gambar Google.
Saya ternampak satu gambar yang di'share' kat G+.
Tips yang menarik, tapi adakah ia daripada Kevin Zahri sendiri ? Menggunakan kaedah cari gambar guna gambar Google, saya dapat hasil berikut:-
Ada 95 results, tidak ada satu pun daripada page Kevin Zahri sendiri. Kesimpulan:-
Gambar tersebut tidak dibuat oleh Kevin Zahri sendiri.
Kemungkinan ada yang membuat gambar tersebut berdasarkan maklumat yang dia dapat daripada blog Kevin Zahri.
Point penting kat sini bukan maklumat tersebut tidak betul tapi gambar itu bukan dibuat oleh Kevin Zahri sendiri. Ini kerana pertama kali melihat gambar tersebut, saya sangkakan ia dihasilkan oleh Kevin Zahri sendiri.
Ini contoh mudah. Begitu jugalah dengan apa-apa saja maklumat yang anda dapat di Internet. Sangkaan pertama anda mungkin tidak tepat sama sekali setelah dibuat sedikit penyelidikan. Mungkin salah, mungkin tidak tepat atau fahamannya tidak pada konteks.
Elakkan share hanya pada pandangan pertama. Selidik dahulu.

Saturday, August 23, 2014
Anda tahu harga beberapa barang keperluan harian ?
Sering kali bila membeli barang di kedai-kedai runcit, kita tertanya-tanya sama ada harga barang tersebut berpatutan atau pun agak mahal daripada harga biasa. Jangan terkejut jika beza harga kedai-kedai runcit dan malah dengan pasar raya besar sekali pun boleh mencecah sehingga 3 ke 5 ringgit.
Berikut senarai beberapa barangan keperluan harian yang saya ambil daripada laman Cari Harga Barang:-
Beras 10 Kg - RM24 - RM26.
Ayam Bersih Standard 1KG - Paling murah RM5.20 di Simpang Renggam, Johor dan paling mahal RM10 di Sandakan, Sabah.
Minyak Masak 5KG - RM13 - RM14. Rata-rata tempat adalah RM13.35 tapi ada kedai runcit di Johor yang menjual pada harga RM13.60.
Daging Lembu Tempatan 1Kg - RM20 - RM30 tapi ada tempat mencecah lebih RM30.
Kicap Manis 345ML - RM4.65 - RM5.80.
Pencuci Pinggan 500ML - RM4.00.
Santan Kelapa 1Kg - RM7.00 - RM10.00.
Santan Segera 200ML - RM2.40.
Sos Cili 500G - RM2.89 - RM3.89.
Sabun Mandi 500ML - RM9.90 - RM10.90.
Anda boleh membuat carian melalui laman Cari Harga Barang untuk lebih banyak barang-barang keperluan lain.

Friday, August 22, 2014
Ingin kongsi tulisan blog dengan cantik di Facebook ?
Anda mungkin biasa jumpa link yang orang share di FB tampak cantik dan kemas sekali, lengkap dengan imej thumbail beserta description berkaitan post tersebut. Lihat contoh di bawah:-
Tapi bila anda cuba share post daripada blog anda, mungkin hanya kelihatan seperti berikut:-
Tak menarik ... :(
Facebook akan mencerap beberapa tags khas untuk dapatkan maklumat seperti nama website, keterangan (description), thumbnail serta sedikit petikan teks (snippet) daripada link yang kita share. Tags itu dipanggil OpenGraph (OG).
Kita perlu masukkan tags OG ini ke dalam laman kita. Untuk pengguna Blogger (blogspot), masukkan tags berikut ke dalam template:-
Seterusnya untuk test perubahan ini, boleh gunakan https://developers.facebook.com/tools/debug.
Untuk pastikan petikan teks keluar, kena enable terlebih dahulu Search Preferences pada bahagian settings. Selepas itu setiap kali menulis post baru, anda kena masukkan petikan teks tersebut di bahagian Search Description, pada sebelah kanan ruangan menulis dalam Blogger.
Rujukan asal:-
http://support.addthis.com/customer/portal/articles/1399895-adding-open-graph-tags-using-blogger
http://exde601e.blogspot.com/2012/10/open-graph-markup-for-blogger-version-3.html

Sunday, August 10, 2014
Cari Gambar Guna Gambar
Katakan ada orang share gambar melalui FB dan tidak dinyatakan sumber asal gambar tersebut. Bagaimana kita boleh jejak asal-usul gambar tersebut ? Google Image Search mempunyai fungsi tersebut. Buka laman Google dan klik pada link Images dan anda akan mendapat paparan seperti berikut:-
Seterusnya klik pada ikon kamera dan anda akan mendapat pop-up untuk upload gambar yang ingin dijejak.
Setelah berjaya mengupload gambar, Google akan memulakan proses carian dan memaparkan hasilnya seperti di bawah:-

Sunday, August 03, 2014
Menguruskan maklumat di newsfeed FB
Sudah lama sebenarnya bercadang menulis berkaitan topik ini, sebagai lanjutan kepada status pendek di facebook suatu ketika dahulu.
Masalah utama pengguna FB bila bilangan 'friends' meningkat adalah newsfeed yang semakin semak - ada post pasal aktiviti harian, isu politik, perbincangan ilmiah dan paling banyak - iklan. Akhirnya topik yang kita ingin baca tenggelam dalam topik yang kita tidak berapa minat.
Solusi pertama saya sebelum ini adalah dengan 'unfriend' dengan mereka yang saya sudah tidak minat hendak baca apa yang mereka post. Tapi ada cara yang lebih baik sebenarnya.
Facebook ada features yang dipanggil List. Cuba lihat sebelah kiri laman FB anda, anda boleh nampak menu seperti gambar di bawah:-
Secara default, ada 3 list disediakan oleh FB - Close Friends, Acquaintances, Family. Masukkan friend yang status mereka anda tidak begitu minat ke dalam List Acquaintances. Facebook akan mula mengurangkan status daripada mereka untuk muncul dalam Newsfeed anda.
Cara untuk masukkan friend ke dalam List ini adalah dengan klik pada link tersebut dan pada sebelah kanan anda akan dapat lihat paparan seperti berikut:-
Cara alternatif adalah dengan 'Unfollow' orang yang anda tidak minat tetapi saya tidak begitu gemarkan cara ini sebab anda langsung tidak akan dapat update daripada orang tersebut. Dengan meletakkannya dalam List Acquaintances, anda masih boleh dapat update tetapi kekerapannya akan berkurang.
Friend yang anda berminat untuk dapatkan update daripada mereka pula, masukkan ke dalam List Close Friends. Anda hanya perlu klik terus pada List ini untuk membaca status mereka, tanpa perlu scroll panjang melalui Newsfeed. Fokus !

Bonus
Follow update daripada Page tanpa perlu Like ataupun Follow page tersebut. Caranya adalah dengan buat List baru. Saya ada terangkan secara ringkas dalam status fb sebelum ini. Insya Allah saya akan terangkan lagi dalam tulisan akan datang.Tuesday, July 01, 2014
Telco di Malaysia dan MVNO
[Ralat]
Seorang rakan yang bekerja dalam bidang telekomunikasi telah meluangkan masa menerangkan secara panjang lebar berkaitan industri telekomunikasi di Malaysia. Terdapat beberapa kesalahan fakta dalam penerangan di bawah. Saya akan cuba betulkan tulisan ini apabila keadaan mengizinkan.
Telco atau operator rangkaian telefon mudah alih di Malaysia cuma 3 iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Bagaimana pula dengan U-Mobile, RedTone, TuneTalk, Salamfone, Altel dan sebagainya ? 'Telco' baru ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan, bermacam-macam nama kita dengar saban hari. Seolah-olah banyak sekali syarikat telekomunikasi mobil di Malaysia. Syarikat-syarikat ini dipanggil MVNO (Mobile Virtual Network Operator). Dalam bahasa mudah mereka adalah reseller kepada telco seperti Celcom, Maxis atau Digi. Mereka tidak mempunyai rangkaian dan infrastruktur sendiri, sebaliknya menumpang pada 3 telco yang ada. Malah ada MVNO ini yang dimiliki oleh telco itu sendiri.
Dalam model bisnes MVNO ini, syarikat-syarikat ini akan membuat perjanjian dengan mana-mana telco utama untuk membeli secara pukal akses kepada perkhidmatan seperti panggilan suara (voice call), SMS dan data dan kemudian menjual balik kepada pelanggan biasa pada kadar yang mereka tetapkan sendiri. Ini biasa dilakukan melalui pelan-pelan yang lebih kompetitif atau pun menyasarkan demografi pelanggan yang lebih spesifik, contohnya Salamfone menyasarkan kepada pengguna muslim.
Model bisnes MVNO ini berkembang agak pesat di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini dan turut mendorong kepada perkembangan model bisnes di sekitarnya iaitu MVNE dan MVNA. Walaupun MVNO tidak perlu menguruskan sistem serta infrastruktur rangkaian mereka sendiri, pengetahuan dalam teknologi rangkaian mudah alih masih diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisien. MVNE (Mobile Virtual Network Enabler) memainkan peranan di sini di mana mereka menyediakan keseluruhan sistem untuk menguruskan rangkaian. Kerancakan syarikat-syarikat baru untuk menyertai bisnes MVNO juga mendorong kewujudan MVNA (Mobile Virtual Network Aggregator). MVNA bertindak menjadi master MVNO di mana mereka menyewa rangkaian dengan telco dan kemudian menjual balik kepada MVNO yang lain. Dengan ini syarikat yang ingin memulakan bisnes MVNO tidak lagi perlu berurusan terus dengan telco. Mereka hanya perlu fokus kepada pembangunan jenama serta pelan untuk menarik pelanggan.
Secara mudahnya, MVNO adalah satu bentuk bisnes reseller. Jadi jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Celcom contohnya dan membuat keputusan untuk bertukar ke Syarikat XXX, kemungkinan besar syarikat XXX masih menggunakan Celcom.
Untuk melihat senarai MVNO yang ada di Malaysia dan telco yang mereka gunakan di belakang, boleh rujuk artikel A quick list of MVNOs, MVNAs and MVNEs in Malaysia di laman techattack.my.

- Terdapat 9 pemegang lesen operator mudah alih di Malaysia, bukan 3.
Telco atau operator rangkaian telefon mudah alih di Malaysia cuma 3 iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Bagaimana pula dengan U-Mobile, RedTone, TuneTalk, Salamfone, Altel dan sebagainya ? 'Telco' baru ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan, bermacam-macam nama kita dengar saban hari. Seolah-olah banyak sekali syarikat telekomunikasi mobil di Malaysia. Syarikat-syarikat ini dipanggil MVNO (Mobile Virtual Network Operator). Dalam bahasa mudah mereka adalah reseller kepada telco seperti Celcom, Maxis atau Digi. Mereka tidak mempunyai rangkaian dan infrastruktur sendiri, sebaliknya menumpang pada 3 telco yang ada. Malah ada MVNO ini yang dimiliki oleh telco itu sendiri.
Gambar hiasan - Pembahagian spektrum oleh SKMM
Dalam model bisnes MVNO ini, syarikat-syarikat ini akan membuat perjanjian dengan mana-mana telco utama untuk membeli secara pukal akses kepada perkhidmatan seperti panggilan suara (voice call), SMS dan data dan kemudian menjual balik kepada pelanggan biasa pada kadar yang mereka tetapkan sendiri. Ini biasa dilakukan melalui pelan-pelan yang lebih kompetitif atau pun menyasarkan demografi pelanggan yang lebih spesifik, contohnya Salamfone menyasarkan kepada pengguna muslim.
Model bisnes MVNO ini berkembang agak pesat di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini dan turut mendorong kepada perkembangan model bisnes di sekitarnya iaitu MVNE dan MVNA. Walaupun MVNO tidak perlu menguruskan sistem serta infrastruktur rangkaian mereka sendiri, pengetahuan dalam teknologi rangkaian mudah alih masih diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisien. MVNE (Mobile Virtual Network Enabler) memainkan peranan di sini di mana mereka menyediakan keseluruhan sistem untuk menguruskan rangkaian. Kerancakan syarikat-syarikat baru untuk menyertai bisnes MVNO juga mendorong kewujudan MVNA (Mobile Virtual Network Aggregator). MVNA bertindak menjadi master MVNO di mana mereka menyewa rangkaian dengan telco dan kemudian menjual balik kepada MVNO yang lain. Dengan ini syarikat yang ingin memulakan bisnes MVNO tidak lagi perlu berurusan terus dengan telco. Mereka hanya perlu fokus kepada pembangunan jenama serta pelan untuk menarik pelanggan.
Secara mudahnya, MVNO adalah satu bentuk bisnes reseller. Jadi jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Celcom contohnya dan membuat keputusan untuk bertukar ke Syarikat XXX, kemungkinan besar syarikat XXX masih menggunakan Celcom.
Untuk melihat senarai MVNO yang ada di Malaysia dan telco yang mereka gunakan di belakang, boleh rujuk artikel A quick list of MVNOs, MVNAs and MVNEs in Malaysia di laman techattack.my.
Saturday, June 21, 2014
Backup data Facebook
Sebelum ini saya pernah tulis pasal backup tweet daripada akaun Twitter anda. Facebook juga mempunyai fungsi yang sama. Jika anda ada data yang berharga (gambar, video dsbnya) yang anda risau boleh hilang, dapatkan backup untuk data di Facebook anda dengan segera. Ikuti langkah di bawah.
Pergi ke bahagian Settings akaun Facebook anda:-
Di bahagian bawah sekali, ada link "Download a copy of your Facebook data":-
Di page seterusnya, anda akan dapat button berwarna hijau - Start My Archive:-
Selepas klik button tersebut, anda akan diminta memasukkan password anda:-
Selepas memasukkan password, akan dipaparkan sekali lagi butang "Start My Archive" di dalam popup yang sama. Klik butang tersebut:-
Facebook akan memaparkan mesej yang backup data anda sedang dijana dan akan dihantar ke alamat email yang anda gunakan untuk mendaftar akaun Facebook sebelum ini.
Akhir sekali anda akan mendapat mesej seperti berikut:-
Data backup yang dijana oleh Facebook akan dihantar ke alamat email anda jadi jangan lupa periksa email anda dan seterusnya download melalui link yang diberikan dalam email tersebut.

Saturday, June 07, 2014
Panduan Penggunaan Minyak Masak Berulang-kali
Isunya mula-mula jumpa kat sini - http://www.mamapeduli.info/2014/01/tiga-kali-guna-jadi-racun.html
Seperti biasa saya agak kecewa dengan blog copy-paste yang hanya letak content semata-mata untuk tarik masuk trafik ke blog mereka. Jadi saya google untuk dapatkan artikel asal daripada Bahagian Kawalan dan Keselamatan Makanan, KKM:-
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/674-isu-akrolein-dalam-minyak-masak-terpakai
https://archive.today/Uu3ig (sekiranya link di atas tidak dapat dicapai).
Dalam artikel di laman KKM itu ada dinyatakan tentang panduan penggunaan minyak masak berulang-kali tapi tidak disertakan link. Jadi saya terpaksa google sekali lagi:-
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/685-panduan-penggunaan-minyak-masak-berulang-kali
https://archive.today/DeMry (sekiranya link di atas tidak dapat dicapai)
Page di atas cuma pengenalan, panduan sebenar adalah dalam fail PDF:-
http://fsq.moh.gov.my/v4/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/Penerbitan/Artikel/minyak-masak.pdf
https://drive.google.com/file/d/0B5cT2VZ_w4J-VmlnaVBqTHJ2Vk0/edit?usp=sharing (jika link di atas tidak dapat dicapai).

Subscribe to:
Posts (Atom)